Wednesday, October 25, 2017

Assalamualaikum.. slamat pagi..

Nama aku Ina..tapi jika di FB atau di mana2 aku tambah 1 lagi 'N' pada nama aku tu, maka jadilah INNA....  bunyi nya sama aje kan..heheheheh

Aku namakan blog aku "aku ingin slim...cabaran 30 hari" sebab aku memang betul2 nak turunkan berat badan kepada yang lebih ideal.. ikut BMI ,berat badan yg paling solid dgn aku 55 kg..
Bukan atas sebab nak cantik aje,tapi juga utk kesihatan.sejak akhir2 ini lutut dan tumit kaki aku sakit,,nak naik tangga kemain sakit.....

lupa pulak nak introduce .. aku seorang surirumah tangga,juga boleh dipanggil 'house manager',sebab di dalam rumah ni ,akulah yg uruskan segala2nya,betul tak??hehhee .Aku berusia 41 Tahun,ada 4 orang anak yg comel2,bijak..paling besar 14 tahun.

Berat badan terkini aku 63 kg (yg ni aku timbang minggu lepas) ,sebenarnya aku tengah berusaha mencari di mana mesin penimbang kat dalam rumah aku ni, puas aku cari tak jumpa.Mungkin aku kena  beli yg baru agaknya.So ,cabaran ini aku start dengan 63 KG.
Ukuran badan aku.. 36-34-40 dengan ketinggian 150... OMG!!😱😱 rendahkan aku??.. Anak2 lebih tinggi dari mama dia yang comel ni.Ada ke anak2 aku cakap aku hanya bermimpi di siang hari masa aku Bagi tahu aku akan kurus dan akan pakai baju diorg nantiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Cabaran ini dibantu dengan 1 produk hebat..biarlah aku rahsiakan nama poduk tu terlebih dahulu.. nanti kalau dah berjaya..aku up nama produk tu.

Produk tu tiba dengan selamat petang semalam, so seperti yang Puan Fara (Orang yang akan guide aku sampai slim) bagitahu semalam,aku start ambil pil yg kecik kaler pink tu pukul 11.50 mlm.Fara cadangkan pukul 10 malam,tapi aku delay dekat 2 jam sebab aku sibuk sgt tine pukul 10,,nanti free aku masukkan gambar pulak.Sekarang ni aku nak update kat dalam ni semua perjalanan menuju 'aku ingin slim'......



DAY 1
(26/10/17)

Hari ni bangun pagi aku rasa perut memulas2,tapi tak kuat sangat... Hah,lupa nak bagitahu, sebenarnya selama ini aku ada masalah penghadaman. Setiap kali bangun pagi aku akan terbaring kat katil untuk 10-30 minit jugak,pusing kanan..pusing kiri, sehinggalah terkeluarnya kentut..hahahhaha. serius ni! Selagi tak kentut,aku tak boleh bangum sebab kentut aku tu akan terbantut dan akan menyebabkan perut aku sakit  disebabkan angin yg banyak dalam badan aku ni tak keluar.Apabila selesai kentut beberapa kali barulah aku bangun dan besar kemungkinan aku akan terus ke tandas untuk melepaskan hajat. Tapi ,pagi ni tak perlu nak terbaring lama ..tak perlu tunggu kentut..hahahhaa, aku terus ke tandas untuk melepaskan hajat aku.... SEEE.. masalah penghadaman aku dah ok setakat pagi ni..

Pukul 7.15 pagi aku telan sebiji cik biru, fungsi cik biru adalah untuk meningkatkan pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, menghadkan penyerapan lemak, menganjalkan kulit, mencantikkna bentuk badan dannnnn.. Mencerahakam kulit.. 
Pukul 7.30 pagi aku dah blur nak makan apa sebagai sarapan pagi..wakakakaaka.. sebab dalam rumah aku yang ada pada waktu pagi hanyalah ROTI GARDENIA..kadang2 aje ada nasi goreng dan nasi lemak.. BUKAN AKU MALAS masak tapi anak2 aku jenis tak makan berat pagi2,kalau masak ,benda2 tu semua akan jadi makanan untuk lunch, Encik suami memang makan kat office.
So,akhirnya aku bancuh segelas milo kuran gula dan makan 2 keping roti gardenia..

Hasil carian imej untuk roti gardenia
ROTI GARDENIA-pic uncle google



Tapi,selepas ni tak bolh makan dah roti ni,aku kena cari roti gardenia jugak tapi jenis lain.

Hasil carian imej untuk low g.i roti gardenia

Tapi ,aku mungkin akan makan roti yang warna hijau tu,sebab sebelum inipun memang selalu beli yang tu..

Untuk pagi ini,aku plan sedang plan menu,aktiviti apa yang perlu aku buat,,
ini adalah beberapa pantang larang yang perlu aku follow bagi memastikan misi aku berjaya..



Untuk pengetahuan semua ,aku memang tak makan/minum semua kat dalam list tu.. ada yg memang aku tak suka dan ada juga yg aku suka tapi takde buat masa ni,klu adapun harganya..ya ampunnn..mahal.Korang tahukan..benda yg mana satu..

Selain drpd itu aku perlu bersenam..tak kiralah nak senam jenis apa. Nak jogging,nak naik basikal,nak jalan2 kaki..tapi aku plih mengemas rumah aku bagi clear  dan bersih drpd biasa ..dgn kata2 lain aku nak overhal rumah aku mulai hari ini.. oklah untuk update pagi ini dan sebagai pengenalan...


UPDATE:-
 dah jumpa alat penimbang badan,ada aje kat bawah rak dalam store..dekat 12 tahun umur dia,mgkin khidmatnya akan smpai setakat hari ahad ni ,sebab encik suami ada cakap tadi nak beli yang baru kat MR DIY ahad ni.Kira oklah tu,ada jugalah nampak dia nak support wife dia yg comel ni..
Berat terbaru..baru timbang tadi 60KG.. confius sekejap..so nak kira berat permulaan 63 ke atau60 ni????? so, saya pilih 63KG. Atas sebab keuzuran alat penimbang tu,mungkin bacaanya lari.yg 63 kg tu aku timbang masa pergi klinik haritu...

TARGET 52-55 KG

Tadi aku makan nasi sesenduk sahaja, sup kambing ..bukan daging ye dan ayam goreng..
Itu aje . Untuk makanan yg lebih seimbang ,aku akan start esok.. sebab peti ais rumah aku dah semakin kosong..hihihi..
So, mintak2 lah malam ni aku tidak tergoda dengan sup kambing yang masih banyak dalam periuk tu...
Masa utk rest..

3:37 PM

No comments:

Post a Comment

DAY 3 (28/10/17) Alhamdulillah.. Bangun2 aje terus pergi ke bilik termenung.Lupa nak bagitahu, smlm aku hanya 2 Kali ke tandas utk membua...