Saturday, October 28, 2017

DAY 3
(28/10/17)

Alhamdulillah.. Bangun2 aje terus pergi ke bilik termenung.Lupa nak bagitahu, smlm aku hanya 2 Kali ke tandas utk membuang segala 'kekotoran ' dalam perut aku ni..

Aku mulakan dengan minum secawan air kosong ,selepas itu macam biasa aku telan dulu sebiji Cik biru.. 58 KG😂😂💪.
Macam Tak percaya aje..sebab perut Masih sama..hahahaha

Hari ini memang mencabar sikit, En suami pagi2 Lagi dah keluar cari sarapan pagi, walaupun plan sebenar Nak masak nasi lemak pagi ni..
En. Suami beli nasi lemak sambal sotong untuk aku???? Dia Tak tahu ke aku sedang berdiet ..hahahaha. Kalau Tak Makan kesian pulak, akhirnya aku terpaksalah makan nasi lemak favourite aku tu😂😂..

Tapi, tak sampai sejam aku dah mula ke tandas..seolah2 apa yang aku Makan tadi keluar semula..

Aku usahakan jugaklah senam2 manja depan TV.. Risau sebenarnya apa yang aku Makan tadi menganggu proses untuk aku mencapai impian aku..

Tengahari aku hanya minum air Milo kurang manis dengan seketul ayam KFC, sebiji buah epal hijau..Alhamdulillah, kenyang juga.

Malam ni aku Makan awal ,selepas solat maghrib terus makan bersama suami tersayang..jarang dia ada di rumah.. Aku plan Nak makan quaker oat Dan skkm saja malam ni tapi En. Suami dah sendukkan nasi terpaksalah Makan jugak.


Sambal ayam uncle google

Ayam sambal seketul, sayur bayam ..sedap tu, antara makanan yang selalu aku Makan 2 Kali tambah nasi.Tapi malam ni aku Makan nasi yang suami aku senduk tu aje.. Banyaklah jugak..dlm 2 senduk.Tak tahulah macam Mana Nak diet jika encik suami ada di rumah.. Bukan dia Tak support misi aku, tetapi dia lebih suka aku Makan macam biasa ..ermmmm..Tak boleh jadi ni..kena cari plan lain, mungkin aku kena mula berjogging.....



No comments:

Post a Comment

DAY 3 (28/10/17) Alhamdulillah.. Bangun2 aje terus pergi ke bilik termenung.Lupa nak bagitahu, smlm aku hanya 2 Kali ke tandas utk membua...